bannermaker2u.blogspot


Wednesday, June 3, 2009

Soalan Lazim Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli KWSP

Adakah KWSP bertanggungjawab ke atas kerugian pelaburan di Institusi Pengurusan Dana (IPD)?
Ahli bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan dengan IPD. Ini bermakna jika berlaku kerugian, KWSP tidak akan bertanggungjawab untuk memberi sebarang ganti rugi kepada ahli.

Apakah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli dan siapakah yang layak membuat pengeluaran ini?

Pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai simpanan yang melebihi ‘Simpanan Asas’ dalam Akaun 1 untuk melabur sebahagian dari jumlah simpanan tersebut melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.



Apakah maksud Simpanan Asas?

Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000.00 ketika berumur 55 tahun dan ianya tidak boleh dikeluarkan sebelum umur ahli mencapai 55 tahun. Bagi maksud pelaburan, ahli dibenarkan membuat pengeluaran pelaburan sebanyak 20% daripada amaun yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1. Kuantum Simpanan Asas akan dikaji semula setiap 5 tahun.



Bilakah Simpanan Asas ini terpakai?

Simpanan Asas ini terpakai dalam dua keadaan iaitu:
(i) Pelaburan Simpanan Ahli (Akaun 1)
(ii) Pengeluaran Umur 50 Tahun mulai 1 Januari 2013.



Bilakah tarikh kuatkuasa Simpanan Asas ini?

Simpanan Asas berkuatkuasa mulai 1 Februari 2008 bagi Pelaburan Simpanan Ahli dan 1 Januari 2013 bagi Pengeluaran Umur 50 tahun.



Apakah tujuan Simpanan Asas?

Adakah ini satu lagi diskriminasi untuk golongan berpendapatan rendah?Simpanan Asas bertujuan untuk memastikan ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM120,000.00 pada umur 55 tahun untuk membiayai keperluan persaraan. Jumlah ini membolehkan ahli menggunakan simpanan mereka sebanyak RM500.00 sebulan selama 20 tahun bermula daripada umur 55 tahun sehingga ahli berumur 75 tahun. Jumlah RM500.00 sebulan diandaikan boleh membiayai keperluan asas ahli setelah bersara. Ini bukanlah satu diskriminasi, sebaliknya untuk memastikan golongan berpendapatan rendah mempunyai simpanan persaraan asas yang mencukupi apabila mereka bersara kelak.



Apakah formula yang digunakan untuk mengira Simpanan Asas ini?
Pengiraan Simpanan Asas adalah berdasarkan jumlah amaun minimum yang diperlukan oleh seseorang ahli untuk membiayai keperluan asas ketika mereka bersara. Kajian KWSP telah mendapati seorang ahli yang telah bersara memerlukan sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan untuk membiayai keperluan asas mereka. Tempoh 20 tahun iaitu 55 tahun hingga 75 tahun adalah berdasarkan jangka hayat ahli. Bagaimanapun, jumlah Simpanan Asas ini akan dikaji setiap lima tahun.



Adakah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 boleh dipindahkan ke Akaun 2 bagi membolehkan ahli membuat pengeluaran pra-persaraan?
Tidak. Simpanan dalam Akaun 1 tidak boleh dipindahkan ke Akaun 2. Bagaimanapun, simpanan di dalam Akaun 2 boleh dipindahkan ke dalam Akaun 1 pada bila-bila masa bagi menambah simpanan persaraan ahli.



Bolehkan ahli menambah simpanan mereka dengan menggunakan kaedah caruman sukarela untuk mencukupkan Simpanan Asas?

Ya. Ahli boleh menambah simpanan mereka dengan membuat pilihan mencarum secara sukarela atau mencarum melebihi kadar berkanun. Bagaimanapun, caruman tersebut akan dimasukkan ke dalam Akaun 1 sebanyak 70% dan Akaun 2 sebanyak 30%.



Apakah syarat-syarat yang melayakkan ahli untuk mengeluarkan kredit di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP daripada segi kelayakan di dalam Akaun 1?
Ahli hendaklah mempunyai simpanan melebihi jumlah ‘Simpanan Asas’ dalam Akaun 1 pada tarikh permohonan dibuat bagi membolehkan amaun minima pelaburan sebanyak RM1,000 atau tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi ‘Simpanan Asas’ dipindahkan ke Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.





Bagaimanakah kaedah pengiraan untuk mengetahui kelayakan amaun pelaburan ahli?

Kaedah pengiraan amaun kelayakan pelaburan ahli adalah seperti berikut:
(Jumlah Baki Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas) x 20%

Contoh Pengiraan Kelayakan Pelaburan Ahli :

: Baki Akaun 1 pada 01.02.2008 adalah RM 55,000.00 dan
Umur ahli adalah 30 Tahun di mana jumlah Simpanan Asas ahli adalah sebanyak RM 18,000.00.

: (RM 55,000 – RM 18,000.00 ) x 20%
: RM 7,400.00




12. Berapa kerapkah ahli boleh mengemukakan permohonan untuk skim ini?
Ahli boleh mengemukakan permohonan setiap 3 bulan selepas tarikh terakhir pemindahan dibuat dengan
syarat baki dalam akaun 1 ahli memenuhi syarat kelayakan Simpanan Asas.



13. Adakah ahli yang berumur lebih daripada 55 tahun perlu mendapatkan surat pelepasan kawalan daripada
KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka yang telah dilaburkan melalui Pengeluaran Pelaburan Ahli

di Institusi Pengurusan Dana (IPD)?
Ahli hendaklah mempunyai simpanan melebihi jumlah ‘Simpanan Asas’ dalam Akaun 1 pada tarikh
permohonan dibuat bagi membolehkan amaun minima pelaburan sebanyak RM1,000 atau tidak melebihi
20% daripada jumlah yang melebihi ‘Simpanan Asas’ dipindahkan ke Institusi Pengurusan Dana (IPD)
yang dilantik.

No comments: